Jumat, 28 Februari 2014

Mari Seluruh Rakyat Malaysia Jauhi Politik Kebencian

- 0 komentar
Situasi politik pada masa ini mewujudkan generasi yang bertindak ala samseng kerana disebabkan wujudnya politik kebencian yang dipupuk sesetengah ahli politik.


Musa (dua, kiri) memberi pandangan sehingga 
moderator dan ahli panel lain tersenyum.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, jika pemimpin tidak mampu mengawal tindak-tanduk penyokong masing-masing, tidak mustahil peristiwa 13 Mei akan berulang.

“Ini kerana hate politics atau politik kebencian telah mewujudkan generasi bertindak ala samseng. Saya rasa orang politik kita perlu menentukan penyokong mereka dikawal kerana kadangkala apabila mereka tidak mengawal penyokong mereka, ini yang berlaku,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Harian yang membincangkan tajuk Politik Samseng: Di Mana Maruah Kita yang diadakan di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, di sini.

Selain Musa, wacana turut mengundang Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan; Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr Mohd Tap Salleh dan Jawatankuasa Pas Pusat, Muhamed Hanipa Maidin.

Wacana itu dikendalikan oleh Profesor Datuk Mohamed Abu Bakar dari Universiti Malaya.

Musa berkata, kerajaan yang membiarkan keganasan politik berleluasa juga tidak akan bertahan lama kerana mereka juga akan berisiko digulingkan melalui cara sama.

“Kalau kerajaan menggalakkan keganasan politik, saya merasakan kerajaan itu tak lama akan menjadi kerajaan kerana ia juga akan dijatuhkan melalui keganasan.

"Jika pemimpin tidak mengawal ahli, inilah yang berlaku seperti di negara Arab, banyak keganasan berlaku. Pemimpin jangan sesekali menggalakkan keganasan politik serta pergaduhan,” katanya.

Beliau berkata, dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, politik keganasan dan demonstrasi jalanan untuk menjatuhkan kerajaan tidak sepatutnya berlaku.

"Budaya seperti reformasi tidak sesuai dilakukan, sekiranya mahu menjatuhkan kerajaan. Jika mahu laksana demokrasi, perlulah mengikut saluran yang betul. Pihak polis bertanggungjawab mencegah. Jangan anggap polis musuh tapi sebagai kawan.

“Kalau dulu, hanya empat orang detektif boleh mengawal satu ceramah dan tak adalah sampai pening kepala macam sekarang ini,” katanya.

Menurut pemerhatian, katanya, senario politik hari ini jauh berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini khususnya pada hari mengundi.

“Ahli politik perlu bersikap gentleman. Kita tengok dahulu pilihan raya macam pesta, semua keluar bersama-sama. Pembangkang dan parti kerajaan sama-sama berjalan, tak ada masalah. Sekarang tak boleh,” katanya.

Beliau seterusnya menggesa agar proses membina negara dijadikan keutamaan oleh penyokong dan ahli politik, selain daripada berkempen untuk parti masing-masing.

“Selepas habis pilihan raya, kita patut duduk sama-sama tanpa mengira parti, bina negara ini sama-sama,” katanya.

Menurutnya, pembangkang perlu ada dalam sebuah negara demokrasi demi melihat kesejahteraan terus terjamin, namun pembangkang perlu berkualiti dan mengetahui peranan mereka.

“Saya lihat, politik negara ini tidak pernah habis dengan menyalahkan pihak lain tanpa memikirkan pembangunan negara. Adalah lebih baik duduk semeja dan bincang pembangunan negara," katanya.

-Sinarharian
[Continue reading...]

Kamis, 27 Februari 2014

Si comel biru The Smurfs 2 kembali

- 0 komentar
Si comel biru The Smurfs 2 kembali

BAGI peminat si biru kecil yang comel ini, anda pasti mengingati aksi mereka menerusi filem The Smurf pada tahun 2011. Filem yang juga diadaptasi daripada komik ini mendapat sambutan yang luar biasa di seluruh dunia.

Kini, sekuel kepada filem animasi aksi komedi kembali dengan aksi yang lebih mencuit hati. Tidak hanya memaparkan makhluk-makhluk comel, filem ini juga turut memaparkan jalan cerita yang menarik untuk ditonton.

Kali ini menyaksikan ahli sihir jahat, Gargamel yang telah mencipta beberapa makhluk nakal dan menyerupai Smurf yang diberi nama Naughties dengan harapan ia akan memberikannya kuasa ajaib.

Bagaimanapun, apabila dia menyedari hanya Smurf boleh memberikan apa yang diinginkannya itu dan Smurfette tahu sihir rahsia yang berupaya menukar Naughties kepada Smurf tulen, Gargamel bertindak menculik Smurfette dan membawanya ke Paris di mana dia telah disanjung tinggi sebagai ahli sihir terunggul dunia.

Kini, terpulang kepada Papa, Clumsy, Grouchy dan Vanity bersama-sama rakan manusia, Patrick dan Grace Winslow untuk menyelamatkan Smurfette! Pada masa yang sama, adakah Smurfette yang selalu berasakan dirinya berbeza daripada Smurfs lain merasai ada hubungan dengan The Naughties, Vexy dan Hackus?

Mesej seiring

Tampil lebih menarik daripada filem pertama, The Smurfs akan membawa penonton bersama-sama menikmati keindahan kota cinta, Paris apabila Smurfette diculik oleh ahli sihir jahat.

Menariknya, pelbagai peristiwa lucu berlaku dalam usaha Smurfs yang lain menyelamatkan Smurfette. Apatah lagi, kehadiran Naughties yang menyerupai Smurfs membuatkan Smurfette seolah-olah melupai keluarganya dan lebih selesa bersama musuhnya.

Tidak hanya memaparkan aksi lucu semata-mata, Gosnell turut menyelitkan mesej-mesej berguna yang perlu diingati oleh penonton.

Dua versi

Lebih menarik kali ini, The Smurf 2 tampil dengan dua versi bahasa iaitu English dan Melayu di mana suara selebriti terkenal tanah air akan memberi kelainan dalam filem The Smurfs 2 versi bahasa Malaysia yang akan ditayangkan di pawagam bermula 8 Ogos ini.

Penerbit alih bahasa tersebut, Wan Muhamad Wan Abdul Rahim berkata, pihaknya optimis versi berkenaan mampu menarik minat penonton untuk menonton di panggung wayang terutamanya di kalangan penonton berbangsa Melayu.

Antara selebriti yang terlibat dalam alih suara untuk versi The Smurfs 2 ini ialah Datuk Aznil Nawawi sebagai Gargamel, Hafizuddin Fadzil (Papa Smurf), Lisa Surihani (Smurfette), Zizan Razak (Vanity), Elfira Loy (Vexy) dan Ray (Grouchy).
[Continue reading...]

Rabu, 26 Februari 2014

7 Hewan Dengan Bentuk Paling Rumit di Dunia

- 0 komentar
7. Angora Rabbit
Angora Rabbit

Pertama kali, mungkin Anda berpikir hewan ini adalah sebuah bola raksasa, namun di dalamnya benar-benar ada seekor kelinci. Kelinci besar ini dikembangbiakkan secara khusus untuk diambil bulunya. Ada 4 keturunan yang telah diketahui.
 
 
6. Puffer Fish
Puffer Fish

Keluarga ikan ini dapat menelan air (bahkan udara) dengan cepat, sangat cepat, sehingga mereka dapat menjadi bebentuk bola dan menakut-nakuti predator. Cara ini seringkali menyelamatkan hidup mereka, dan beberapa puffer fish beracun.
Fakta lucu: Puffer fish memiliki genom terkecil di dunia vertebrata.
 
 
5. African Pygmy Hedgehog
African Pygmy Hedgehog

Mamalia ini adalah mamalia yang paling rupawan di family Erinaceidae. Mereka dapat menggulung badannya untuk melindungi diri. Landak ini telah dijinakkan, jadi Anda dapat memilikinya untuk dipelihara tanpa banyak masalah.
Fakta lucu: cek dahulu hukum lokal di negara Anda sebelum membeli landak. Beberapa tempat membutuhkan ijin, sementara beberapa benar-benar melarang mereka untuk dipelihara.
 
 
4. Dwarf Hamster
Dwarf Hamster

Hewan pengerat kecil ini lebih rupawan dibanding sepupu mereka yang lebih besar. Ada 3 spesies, tetapi favorit saya adalah Campbell’s dwarf hamster. Hewan ini datang dari China dan Russia. Mereka dijual sebagai hewan peliharaan di hampir semua pet store. Chinese hamster juga rupawan dan kadang dipanggil dwarf hamster, walaupun mereka tidak berada pada genus yang sama.
 
 
3. Manatee
 Manatee

Sapi laut ini sangat gemuk, tapi sangat imut. Saking imutnya, Anda pasti akan ingin sekali memeluknya. Tidak seperti ikan paus dan lumba-lumba, manatee adalah hewan herbivora. Mereka juga memiliki kekerabatan dengan gajah dan mereka tergolong spesies yang langka karena terus diburu.
Fakta lucu: manatee memiliki kuku kaki yang tidak berguna pada siripnya.
 
 
2. Woolly Bear Caterpillar
 Woolly Bear Caterpillar

Sebagian besar ulat itu menjijikkan, kecuali ulat yang ini. Ulat imut ini adalah bentuk larva dari Isabella tiger moth. Mereka memakan tanaman yang bervariasi.
 
 
1. Silky Anteater
Silky Anteater

Hewan ini adalah anggota satu-satunya dari family Cyclopedidae. Nama latin untuk hewan ini adalah Cyclopes didactylus. Mereka hidup di pepohonan dan memiliki ekor yang dapat memegang, serta cakar yang tajam.
 
 
sumber
[Continue reading...]

Selasa, 25 Februari 2014

Pesara Hanya Minum Coca Cola Selama 40 Tahun

- 0 komentar

KERANA berpegang dengan janji kepada ibunya untuk tidak lagi mengambil minuman keras, seorang lelaki hanya meminum air minuman bergas, Coca Cola selama 40 tahun.

Pero Ajtman, 75,  yang merupakan seorang pesara warga Croatia berkata, ibunya sememangnya tidak gemar dengan tabiatnya itu dan dia akhirnya berjanji untuk tidak lagi mengambil alkohol.

“Saya memilih untuk menggantikannya dengan Coca Cola kerana rasanya seperti wain,” jelasnya.

Bagaimanapun, dia semakin ‘ketagih’ dengan minuman itu sehingga menjadikan ia sebagai minuman wajib setiap hari.

“Sekarang saya minum Coca Cola pada waktu pagi, sebelum dan selepas makan tengahari, pada waktu makan malam dan sebelum tidur. Saya tidak minum minuman lain,” ujar Pero.

Biarpun sudah dinasihati doktor supaya mengurangkan tabiatnya itu, lelaki itu tetap berdegil dengan mengatakan dia tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.

“Coke ialah ‘ubat’ saya dan saya akakn meminumnya hingga mati,” katanya.

Oleh: ELZA
(Sumber: Odditycentral.com)
[Continue reading...]

Senin, 24 Februari 2014

Nomad Dilamar Syarikat Rakaman Indonesia

- 0 komentar

KUALA LUMPUR – Penyanyi yang popular dengan lagu Tetap Menantimu menerusi drama popular Love You Mr. Arrogant iaitu Nomad terkejut apabila sebuah syarikat rakaman di Indonesia mahu mengembangkan kariernya di negara itu.

Nomad atau nama sebenarnya Nor Alief Ayub, 25, berkata, dia tidak pernah terfikir akan mendapat peluang tersebut kerana kerjaya nyanyiannya di negara ini masih lagi baharu bermula.

“Sudah tentu saya terkejut apabila ada syarikat rakaman di Indonesia berminat untuk memperkenalkan saya di Indonesia kerana saya masih lagi seorang artis baru.

“Bagaimanapun peluang itu harus saya rebut kerana ia bukan datang selalu dan berharap peminat muzik di sana sudi menerima kehadiran saya,” katanya kepada mStar Online.

Nomad ditemui ketika menandatangani kontrak di antara syarikat Indigital Sdn Bhd (Malaysia) dan Harpa Records (Indonesia) yang diadakan di Red Box The Gardens di sini, Selasa.

Dalam perkembangan sama, Nomad mengakui bimbang dengan penerimaan masyarakat di Indonesia terhadap muzik yang diperjuangkannya selain sedar agak sukar artis negara ini untuk menembusi pasaran di negara berkenaan.

Bagaimanapun kata Nomad, kepercayaan diberikan oleh syarikat rakaman Harpa Records tidak akan disia-siakan dan dia berjanji akan memberi sepenuh komitmen.

“Saya sedar sukar untuk masyarakat di sana hendak menerima muzik dari Malaysia tetapi tidak salah kita mencuba walaupun persaingan yang hebat daripada artis-artis sedia ada di Indonesia.

“Ia langsung tidak mematahkan semangat saya kerana saya turut membawa nama negara dan berharap semua perancangan yang telah diatur akan terlaksana dengan baik,” ujarnya.

Sementara itu, wakil Harpa Records iaitu Handoko memberitahu pihaknya tertarik dengan vokal dan lagu Tetap Menantimu yang disampaikan Nomad sehingga mereka membuat keputusan untuk memperkenalkannya di Indonesia.

Jelas Handoko, Nomad mempunyai potensi besar untuk diterima di kalangan peminat di negara itu dan pihaknya telah merancang pelbagai aktiviti promosi untuknya.

“Banyak artis Malaysia yang mempunyai bakat besar tetapi sayang tidak mendapat peluang di Indonesia dan kami melihat Nomad mampu memecah tradisi itu.

“Kemantapan vokal dan lagunya yang sesuai dengan cita rasa peminat di sana membuatkan kami terpanggil untuk memperkenalkannya di Indonesia,” jelasnya.

Tambah Handoko lagi, buat permulaan single pertama Nomad akan dihantar ke stesen-stesen radio di Indonesia untuk melihat penerimaan pendengar selain muzik video lagu tersebut diputarkan menerusi program-program hiburan.

“Apabila lagu tersebut sudah mula diminati oleh peminat, baru kita akan adakan aktiviti promosi dan melancarkan album penuhnya di Indonesia,” katanya.

Album pertama Nomad yang masih dalam pembikinan bakal memuatkan lapan buah lagu manakala empat daripadanya dicipta oleh komposer dari Indonesia. – mStar Online
[Continue reading...]

Minggu, 23 Februari 2014

Tengku Abdullah “tutup mulut” mengenai pelantikan Annuar Musa

- 0 komentar

November 26, 2013
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (gambar) memilih untuk "menutup mulut" berhubung isu pelantikan Timbalan Presiden FAM yang kini dalam tempoh penggantungan Tan Sri Annuar Musa, dalam Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak negara.

"Saya diam sahajalah (pelantikan Annuar). Itu hak Menteri (Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin)...dia pun tidak minta pandangan saya, jadi saya tak perlu komen," katanya.
Tengku Abdullah ditemui pemberita selepas majlis penajaan skuad hoki remaja kebangsaan oleh Felda di sini hari ini.


 Khairy melantik Annuar dalam jawatankuasa itu menyebabkan FAM mempersoalkannya kerana Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu masih dalam tempoh penggantungan daripada aktiviti berkaitan bola sepak oleh badan induk itu.


Annuar digantung selama dua tahun setengah bermula April tahun lepas kerana melanggar Artikel 88 Statut 2010-2014 FAM apabila mengeluarkan kenyataan berunsur negatif terhadap skuad Harimau Malaya. - Bernama, 26 November, 2013. The Malaysian Insider
[Continue reading...]

Sabtu, 22 Februari 2014

Jejak Sekolah Presiden Soekarno Di Surabaya

- 0 komentar

Melintas di Jalan Kebon Rojo di Kota Surabayaada sebuah bangunan yang mencolok. Bangunan yang didominasi warna oranye itu berukuran cukup besar dengan bentuk dan gayabangunannya yang kuno. 


Siapa sangka, di bangunan gedung itulah, Presiden Republik Indonesia  yang pertama  yaitu   DR.  Ir. Soekarno pernah mengenyam pendidikan dengan sekolah disana.


Begitulah informasi yang tertulis di prasasti yang terdapat di pilar di bagian depan bangunan gedung yang saat ini dikenal sebagai Kantor Pos Besar Surabaya dan berada di Jalan Kebon Rojo no 10 .


Pada prasasti yang ditanda tangani pada tgl  6  Juni 2011 oleh Walikota Surabaya Ir Tri Rismaharini, MT itu disebutkan bahwa Proklamator RI dan penggali Pancasila itu bersekolah disana ketika di Hogere Burger School (HBS ) pada tahun 1915 - 1920.


Hogere Burger School yang berada di lokasi  sejak tahun 1881-1923 ini merupakan sekolah Lanjutan Tinggi Pertama  atau semacamgabungan Sekolah Mengengah Pertama  dan Sekolah Menengah Atas . HBS itu sendiri  sebenarnya dikhususkan bagi warga Negara Belanda.


Pada prasasti itu juga terdapat salinan foto Presiden Soekarno ketika masih muda dan berstatus sebagai pelajar. 


 Bangunan gedung ini sendiri masih berdiri dengan kokoh dan terawat dengan baik.

 --------------------------------------------------------------------------------------------------
BreakSession :
 
Baca juga artikel-artikel menarik lainnya di Blog ini dengan LangsungKLIK Linkdi bawah ini atau kata-kata berwarna Biru lainnya :
 

OLeh-oleh Khas Tuban 

Hantu Yang Aneh di Lamongan 
Relief 3 Dimensi di Kelenteng Tuban 
Api Yang Tak Bisa Padam Di Bojonegoro
Kota TEXAS Di Lamongan 
Museum Yang Menyimpan Benda-Benda Santet 


Kuda Unik Yang Bermahkota dan Bersayap
Monumen Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk Di Lamongan
Kisah Ali Baba Di Istana Boneka
Lukisan Ala Komik Di Kelenteng Bojonegoro 

Purna Siswa dan Gelar Prestasi TK Integral Hidayatullah - Tuban
Play Group Hidayatullah - Tuban
Taman Kanak-Kanak Integral Hidayatullah - Tuban 


Gadis di Tuban  Penarik Truck Dengan Menggunakan Rambut dan Gigi

Kirab Piala Adipura Di Tuban
Parade Mobil Hias Di Tuban 
Pesawat Nomad TNI Angkatan Laut  Di Lamongan 
 
Batu-batu  dan Relung Unik di Gua Akbar 
Legenda Batu Gajah di Tanah Tuban 
Sumber Air Tawar Di Pantai Boom Tuban
Atraksi Kekuatan Ala Samson Di Tuban 

Nenek Penghuni Hutan Pinus Di Banyuwangi

Indahnya Masjid Agung Tuban di Malam Hari 
Kejurnas Off Road 4x4 Real Adventure di Tuban
Reog Malam Bulan Purnama Di Tuban

Novi Wulandari - Lamongan,  Peringkat 2  - NUN 2012

Mushola Unik Di Dalam Gua Akbar 
Pantai Sowan Yang Indah dan Alami
Rumah Serangga Di Lamongan
Meraup Kesegaran Alami Di Pemandian Bektiharjo
Iklan Pajak Keliru Ala Tuban 

Kelenteng Hong Tiek Hian - Surabaya
Harimau di kelenteng Kwan Sing Bio
Wanita Mini 75 cm dari Tuban 
Nuansa Nostalgia Di Pantai Tasikharjo Tuban 
 
Rumah Kucing Di Lamongan 
Pesona Kuda Jingkrak di Tuban
Rumah Sakit Hantu Di Lamongan 
Foto Gus Dur di Kelenteng Boen Bio 

Sumber Air Tawar Di Pantai Boom Tuban

Ikon Ala Nazi di Kelenteng Kwan Sing Bio

Camilan Ampo Yang Terbuat dari Tanah
Menguji Adrenalin di Watu Ondo
Rambu Ala Slankers Di Bojonegoro
Buah Kepel Sebagai Deodoran Alami

Nikmat dan Segarnya Es Dawet Siwalan
Indahnya Alun-alun Tuban di Malam Hari
Pesona Kesegaran Air Terjun Sri Getuk
Ribuan Ikan dan Kelelawar di Gua Ngerong
Gemerlap Istana Dalam Gua 
 
Museum Anak Kolong Tangga
Jangkar Bermata Empat Di Museum Kambang Putih
Pesona Keindahan Candi Prambanan
Pondok Pesantren Dalam Gua Yang Fenomenal
Minuman Legen Yang Nikmat dan Segar
Jejak Majapahit di Candi Jabung  
=================================================================

Memasuki ke dalam bangunannya terdapat langit-langit yang cukup tinggi dengan kerangkanya yang bentuknya seperti melengkung. Langit-langit gedung utamanya terdiri dari 6 kuda-kuda besar, 10 kuda-kuda berukuran sedang dan 19 sekat plafon.


Ada 16 pilar di dalam gedung, serta ventilasinya berbahan kaca yang terletak di sisi utara dan selatan masing-masing berjumlah 13 baris. Ventilasi itu  membujur dari atas ke bawah, dengan bentuk setengah lingkaran



Di dalam ruangan utama seluas 25 meter x 18 meter ini terdapat  26  loket layanan public yang berkiatn dengan pos . Loket-loket itu  melingkar setengah bagian dari sebelah timur ke barat.

Di dekat pintu masuk ini terdapat etalase yang memajang dan menjual benda-benda filatelis seperti perangko, amplop, lembaran uang dan koin kuno dan sebagainya.


di sudut etalase toko juga tampak pajangan selembar foto lama dengan gambar sebuah masjid di Surabaya pada masa lampau. Sayang di foto itu tidak disebutkan sama sekali  informasi tentang masjid itu.  


Di bagian luar gedung utama yang masih termasuk  dalam kompleks Kantor  Pos Besar Surabaya ini juga terdapat bangunan gedung  lainnya yang bentuk dan gaya bangunannya kuno.


Di Kantor  Pos Besar Surabaya inilah segala aktifitas dan kegiatan tentang Pos di Surabaya dan Jawa Timur dipusatkan

Baca juga dan Klik artikel menarik berikut ini  :

Pengusaha Yang Menggelandang Tanpa Uang

Jenazah Utuh Dimakamkan 35 Tahun Di Tuban

Gaun Pengantin Terbuat dari 9999 Kuntum Mawar 

Artikel-artikel Menarik lainnya bisa Anda baca 

di Link berikut ini :

www.blogger.comblogspot.com







[Continue reading...]

Jumat, 21 Februari 2014

Kaka Azraff Cuba Lari Daripada Bayangan Ella

- 0 komentar

PENYANYI Kaka Azraff mengakui cuba untuk berdiri sendiri tanpa disamakan dengan identiti Ratu Rock Negara, Ella yang juga merupakan ibu saudaranya.

Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 24, berkata, ia bukan satu perkara yang mudah kerana dia dibesarkan dengan lagu-lagu wanita tersebut.

“Pertalian darah mungkin menyebabkan kami banyak persamaan sehinggakan sekarang masih lagi ada yang mengatakan cara saya bercakap atau menyanyi seperti Ella.

“Saya dibesarkan dengan lagu-lagu dia dan keluarga kami memang sangat mengidolakan dia, mungkin itu yang membuatkan saya sukar lari daripada bayangan dia,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Kaka, dia mengambil keputusan untuk berdiri sendiri dan bernaung di bawah syarikat pengurusan Wirefame Entertainment sebagai satu cara untuknya membentuk imej tersendiri.

“Kalau saya mahu mungkin saya boleh sahaja duduk di bawah pengurusan Ella tapi saya sedar nanti saya lebih terikut-ikut sepertinya,” katanya.

Tambah Kaka, hampir dua tahun berada dalam industri seni, dia semakin matang dalam menentukan hala tujunya sebagai penyanyi.

Kaka yang baru sahaja melancarkan single duet terbaharu bersama Zizan Raja Lawak berjudul Infiniti Cinta mengakui selesa bekerjasama dengan Zizan.

Namun begitu Kaka menolak dakwaan dia ingin menumpang populariti pelawak tersebut dalam mencipta nama sebagai penyanyi.

“Lagu ini adalah kesinambungan lagu Bawaku Pergi dan saya dan Zizan memang sudah merancang untuk berduet bersama sekali lagi selepas single pertama itu mendapat sambutan menggalakkan,” katanya.- mStar
[Continue reading...]

Kamis, 20 Februari 2014

15 gambar ninja ninja wanita iran yang cantik

- 0 komentar

Inilah ninja-ninja wanita yang cantik di negara Iran. Mereka berlatih mempertajamkan kemahiran mereka di gim-gim seluruh Iran. Invisible Army ini telah ditaja oleh kerajaan dan diletakkan di bawah kementerian sukan















[Continue reading...]

Rabu, 19 Februari 2014

Lima Senator dinamakan dalam kabinet Najib

- 0 komentar
sinarharian
15 Mei 2013
KUALA LUMPUR - Lima orang yang dilantik Senator antara menteri dan timbalan menteri yang dinamakan dalam kabinet baru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
 
Mereka ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Presiden Transparency International Malaysia Datuk Paul Low Seng Kuan yang masing-masing dinamakan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
 
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Dato’ Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah pula dinamakan sebagai Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koprasi dan Kepenggunaan.
 
Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Pulau Pinang Datuk Dr J. Loga Bala Mohan dinamakan sebagai Timbalan Menteri Kesihatan manakala Pengerusi Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) P.Waytha Moorthy dinamakan  Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
 
Low, Ahmad Bashah, Loga Bala dan Waytha Moorthy dijangka mengangkat sumpah sebagai senator esok manakala Abdul Wahid akan berbuat demikian pada 5 Jun.
 
Sementara itu, Senator Datuk Seri Idris kekal sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. - Bernama

[Continue reading...]

Selasa, 18 Februari 2014

Gadis ini boleh mati jika sikat rambut

- 0 komentar


Bagi remaja, mencantikkan rambut adalah segala-galanya. Terkadang, mereka boleh melakukannya beberapa kali sehari. Namun bagi Megan Stewart (13), menyikat rambut boleh jadi hal yang mematikan.

Tak hanya menyikat, Megan juga tak boleh menyentuh belon getah atau baju hangat (sweater) berbahan polyester. Gadis ini menghidap kelainan yang menyebabkan kontak dengan lektrik statis menjadi hal yang boleh mematikannya.

Keadaan medik amat aneh yang disebut Hair Brushing Syndrome ini baru didiagnosa padanya sekitar tiga tahun lalu. Ia diketahui ketika dari ibunya, Sharon (41), menyikat rambut Megan. Tiba-tiba, puterinya itu pengsan dan bibirnya biru.

?Saya mengira ia kena serangan (jantung), yang belum pernah ia alami. Kami memanggil paramedis dan benar-benar ketakutan. Saat diberi tahu, kami semua terkejut dengan kondisi Megan, apalagi dokter baru pernah mendengarnya sekali,? ujar Sharon kepada Mirror.

Kalangan medis menduga Megan mengidap kondisi aneh ini karena terlahir prematur dan mengalami komplikasi. Megan mengidap hernia diafragma yang menekan perutnya, sehingga hanya satu paru-parunya yang bisa tumbuh.
Megan sempat ditahan di Royal Hospital selama 18 bulan karena tak cukup kuat untuk pulang. Sindrom aneh itu juga memaksa Megan menjauhi listrik statis. ?Meski begitu, ia gadis yang amat gembira dan penuh semangat. Ia mengalahkan segalanya,? ujar Sharon, didukung suami sekaligus ayah Megan, Ian. - InfoSerius
[Continue reading...]

Senin, 17 Februari 2014

Lowongan Kerja di PT Andalan Finance Indonesia Nasmoco Group Solo Baru

- 0 komentar
PT. Andalan Finance Indonesia (Nasmoco Group) adalah perusahaan pembiayaan otomotif membuka kesempatan tenaga kerja profesional untuk mengisi :

  1. CREDIT MARKETING OFFICER (CMO)
  2. ACCOUNTING (ACC)
Persyaratan :
Baca selengkapnya »
[Continue reading...]

Minggu, 16 Februari 2014

Sakit Pun Nak online

- 0 komentar


x tau nak cakap apa dah biar gambar je yang bercerita:

weird thing only happen in china

weird thing only happen in china


weird thing only happen in china
[Continue reading...]
 
Copyright © 2012. Ceritaku - Posts · Comments
Powered by Blogger