Perbuatan seorang pengasuh menampar-nampar muka bayi yang dijaganya telah berjaya dirakam oleh sebuah kamera tersembunyi di kediaman kanak-kanak malang itu di Staten Island.
Ibu kepada bayi berusia 5 bulan tersebut telah mengesyaki sesuatu terhadap pengasuh bernama Mamura Nasirova tersebut, lantas telah mengambil keputusan untuk merakam secara sembunyi tindak-tanduk Nasirova.

Video berada di bawah
Dalam rakaman yang berdurasi 1 minit 17 saat ini, Nasirova telah menampar dengan kuat di wajah bayi tersebut sebanyak tiga kali kerana enggan menyusu.
Laporan polis telah dibuat oleh ibu bapa bayi tersebut pada 1 Februari. Dua hari selepas itu polis telah menahan Nasirova di kediaman keluarganya.
Nasirova kini menghadapi tuduhan membahayakan kebajikan kanak-kanak dan cuba menentang penangkapan, dan dia sedang ditempatkan di Pulau Rikers.
Nama Nasirova juga telah disenarai hitamkan dari laman web yang menawarkan perkhidmatan asuhan kanak-kanak di Russia.
- Diterjemah kembali dari Dailymail
sumber
0 komentar:
Posting Komentar